Camilo Da Silva sarung jersi JDT
PEMAIN liga Mexico dari Brazil, Camilo Da Silva bakal menyarung jersi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, pemain berusia 32 tahun itu pernah beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS), Vancouver Whitecaps FC dengan rekod 43 gol dalam 102 penampilan.
"Kehadiran Da Silva itu akan menggantikan Diogo Luís Santo yang akan meninggalkan kelab dan kembali ke Thailand selepas tamat kempen Piala Malaysia," titah baginda dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JDT di sini hari ini.
Baginda bertitah, pemain Felda United, Muhammad Daniel Amier Norhisham pula diumumkan pemain baharu JDT manakala beberapa pemain muda JDT II akan diserap ke skuad utama.
"De Silva ini saya sudah tengok lama dam melibat corak pemainan, tetapi kami tidak ambilnya sebab harga beliau agak mahal iaitu melebihi bajet kita.
"Selain Daniel Amir secara rasmi akan jadi pemain JDT pada 1 Dismber ini, kemungkinan ada akan pemain tempatan, namun kita masih melihat perkara ini," titah baginda.
Selain itu, baginda bertitah, Benjamin Mora dikekalkan sebagai ketua jurulatih dan menggalas jawatan pengurus namun akan dibantu dua penolong ketua jurulatih.
Pada masa sama, Tunku Mahkota Johor itu merakamkan penghargaan kepada Luciano Figueroa atas khidmat beliau kepada kelab sebagai pemain, duta dan pengurus dari 2014-2020.
Tunku Ismail turut mengumumkan JDT akan menghantar skuad yang seimbang untuk saingan Piala Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC.
Titahnya, Hariss Harun kekal sebagai kapten JDT walaupun akan menyambung pelajaran selepas ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!