Ranhill SAJ bantu Selangor hadapi krisis air

Ranhill SAJ menghantar 10 buah lori tangki air bagi membantu penduduk di Selangor mendapat bekalan air berikutan empat Loji Rawatan Air (LRA) di negeri tersebut yang terpaksa ditutup. Gambar hiasan
Ranhill SAJ menghantar 10 buah lori tangki air bagi membantu penduduk di Selangor mendapat bekalan air berikutan empat Loji Rawatan Air (LRA) di negeri tersebut yang terpaksa ditutup. Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bantuan Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) kepada syarikat pembekal air di Selangor, Air Selangor adalah sebagai memenuhi tanggungjawab sosialnya dalam melindungi kepentingan seluruh masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Sr Nor Ifuan Md Nor berkata, usaha itu tidak terhad kepada negeri atau kawasan tertentu sahaja.

"Sebaliknya ini adalah satu usaha syarikat itu untuk membantu mana-mana pengendali air di Malaysia yang mengalami situasi serupa. Ranhil SAJ memahami kesukaran pengguna air yang berdepan masalah mendapat bekalan air.

"Walaupun tumpuan Ranhill SAJ kekal untuk pengguna air di Johor sebagai warga korporat yang prihatin, ini menjadi tanggungjawab kami untuk meringankan beban pengendali dan pengguna air lain setakat yang termampu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Usaha Ranhill SAJ itu menerima pelbagai maklum balas positif dalam media sosial termasuk video berdurasi dua minit yang dirakam pengguna air terbabit tular sejak kelmarin.

Nor Ifuan berkata, selain menghulurkan bantuan kepada Selangor, lori tangki milik Ranhill SAJ sebelum ini juga pernah dihantar ke negeri lain seperti Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan semasa menghadapi situasi yang sama.

Katanya, terkini Ranhill SAJ menghantar 10 buah lori tangki air bagi membantu penduduk di Selangor mendapat bekalan air berikutan empat Loji Rawatan Air (LRA) di negeri tersebut yang terpaksa ditutup.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!