Lancelot bakal diiktiraf Guiness World Book of Records

Lancelot merupakan kuda jenis Friesian yang mempunyai banyak keistimewaan dan bakanya berasal đari Belanda dipelihara di Leisure Farm, Gelang Patah, Iskandar Puteri.
Lancelot merupakan kuda jenis Friesian yang mempunyai banyak keistimewaan dan bakanya berasal đari Belanda dipelihara di Leisure Farm, Gelang Patah, Iskandar Puteri.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Lancelot, kuda jantan jenis Friesian yang dipelihara di Leisure Farm, Gelang Patah dekat sini bakal menerima pengiktirafan dalam Guiness World Book Of Record pada Disember ini.

Kuda baka dari Belanda yang dilahirkan pada 3 Mac 2019 itu dijaga dan dibesarkan dan dimiliki Stal De Fryslan (SDF) Sdn Bhd mendapat pengiktirafan badan dunia itu kerana beberapa faktor termasuk kuda Friesian pertama lahir di Asia Tenggara.

Menurut Pengarah Urusan SDF, John Peter, Lancelot yang kini berusia setahun setengah dengan berat 350 kilogram dapat hidup dan dibesarkan dalam cuaca iklim tropika seperti di Malaysia.

"Biasanya kuda jenis ini hidup dalam iklim sejuk. Sebelum dilahirkan satu kajian selama dua tahun dilakukan untuk mengetahui sama ada kuda jenis ini boleh hidup di negara beriklim tropika," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa ekor kuda di Leisure Farm, hảri ini.

Turut mengiringi beliau Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SDF, Leonie Campbell dan Penolong Pengarah SDF, M Sooriyan.

Leonie (kiri) Peter dan Sooriyan bermesra dengan Lancelot iaitu kuda jantan jenis Friesian yang dipelihara di Leisure Farm, Gelang Patah, Iskandar Puteri hari ini.
Leonie (kiri) Peter dan Sooriyan bermesra dengan Lancelot iaitu kuda jantan jenis Friesian yang dipelihara di Leisure Farm, Gelang Patah, Iskandar Puteri hari ini.

Beliau berkata, Lancelot pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) pada 7 September lalu atas faktor kuda Friesian pertama lahir di Malaysia dan berjaya diternak di ladang.

"Ketika ini terdapat empat ekor kuda Friesian di Leisure Farm termasuk Lancelot dan ibunya. Hanya Lancelot lahir di Malaysia manakala tiga kuda Friesian lainnya berusia dua tahun setengah, enam dan 14 tahun diimport dari Belanda," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, Friesian sangat istimewa kerana mempunyai ciri khas antaranya berdaya tahan, hebat berlari dan melompat, mempunyai bulu panjang di bahagian tengkuk dan kaki serta hanya berwarna hitam malah merupakan kuda paling cantik.

"Friesian atau kuda salji ini biasanya digunakan untuk sukan, pertunjukan dan dalam upacara atau perarakan diraja di Belanda. Pada masa dahulu, kuda ini digunakan tentera Belanda untuk berperang," katanya.

John berkata, Friesian boleh hidup sehingga 35 tahun dan harganya bermula dengan RM250,000 hingga RM10 juta.

Menurutnya, ketika ini terdapat hanya 70,000 ekor kuda jenis itu didaftarkan di bawah Royal Dutch Friesian Studbook (KFPS) daripada 58 juta populasi kuda di seluruh dunia.

SDF katanya, didaftarkan pada Disember 2018 untuk memulakan perniagaan kuda jenis itu di rantau ini untuk pasaran Asia terutama China, Jepun dan Asia Barat selain merancang menjadi hab di Asia untuk memelihara, menternak dan mengeksport Friesian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!