Dua beradik dalang kes pecah rumah dicekup

Agus Salim (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini hari ini.
Agus Salim (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Dua beradik ditahan reman bagi membantu siasatan berkaitan kes memecah masuk sebuah rumah di Bagan Nakhoda Omar (BNO) pada 31 Ogos lalu sehingga mengakibatkan kerugian bernilai RM6,000.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kedua-dua suspek berusia 19 dan 27 tahun itu ditahan pada jam 2 pagi di sebuah rumah di Kampung Teluk Rhu, Isnin lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 27 tahun mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah.

"Penahanan mereka susulan laporan dibuat seorang suri rumah berusia 54 tahun yang memberitahu kediamannya di pecah masuk dari pintu hadapan rumah dan mendapati beberapa barangan berharga dicuri penjenayah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini hari ini.

Menurutnya, penahanan dua beradik lelaki itu turut membongkar kegiatan curi yang dilakukan seorang warga Indonesia berusia 40 tahun.

Lelaki berkenaan ditahan di tepi Jalan Pantai Redang pada jam 12.10 tengah malam tadi selepas disyaki mencuri sebuah televisyen di Jeti Nelayan BNO.

"Kejadian pada jam 1.30 petang itu disedari seorang nelayan yang terkejut mendapati sebuah televisyen milik unit komuniti nelayan hilang," katanya. Beliau memberitahu, susulan itu juga polis menemui beberapa barang kes dengan nilai keseluruhan berjumlah RM9,000. "Ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!