39 ditahan dalam Op Dadu

No Image Caption
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Seramai 39 individu termasuk enam wanita ditahan menerusi Op Dadu di daerah in sejak 1 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua yang ditahan termasuk seorang lelaki Myanmar berusia dari 20 hingga 60 tahun.

“Sebanyak 631 premis diserbu dalam operasi yang dijalankan untuk memastikan aktiviti perjudian termasuk loteri awam haram, secara dalam talian, catat taruh haram, tempat bebas dan dalam bangunan itu dibanteras habis-habisan.

“Selain itu, wang tunai berjumlah RM6,565 dan pelbagai peralatan perjudian turut dirampas sepanjang tempoh berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, semakan jenayah ke atas semua tangkapan mendapati tiada rekod kesalahan jenayah.

“Kesemua tangkapan yang dibuat ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953(Judi Loteri Awam Haram), Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Judi Online Tab/Telefon Bimbit) dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 (Judi Catit Taruh Haram).

“Selain itu, Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Judi Dalam Bangunan), Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Judi Tempat Bebas) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!