Majoriti setuju UMNO lakukan gencatan politik

Undian atas talian yang dilakukan Sinar Harian bagi mendapatkan rekasi pembaca berkenaan dengan keputusan UMNO untuk melakukan gencatan senjata.
Undian atas talian yang dilakukan Sinar Harian bagi mendapatkan rekasi pembaca berkenaan dengan keputusan UMNO untuk melakukan gencatan senjata.
A
A
A

SHAH ALAM - Pendirian UMNO untuk melakukan gencatan politik dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam usahanya untuk menangani penularan koronavirus (Covid-19) mendapat reaksi positif daripada orang ramai.

Melalui satu undian yang dijalankan Sinar Harian bermula semalam, sebanyak 69 peratus bersetuju dengan langkah yang diambil UMNO dalam menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara.

Berdasarkan undian yang dibuat, sebanyak 62 peratus sangat bersetuju dengan usaha tersebut diikuti dengan lima peratus mengambil sikap bersetuju, manakala hanya dua peratus mengundi agak setuju dengan tindakan tersebut.

Dalam pada itu, lapan peratus daripada pengundi mengambil sikap berkecuali dalam undian berkenaan sementara 24 peratus pula tidak bersetuju dengan pendirian yang diambil oleh UMNO dalam usahanya menyelesaikan kemelut politik dalam negara.

Sebanyak 18 peratus lagi sangat tidak setuju dengan gencatan politik, sementara empat peratus daripadanya tidak setuju dan hanya dua peratus agak tidak setuju.

Undian atas talian yang dijalankan melalui laman web Sinar Harian itu telah mendapat penyertaan keseluruhan sebanyak 316 daripada pembaca Sinar Harian.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan pendirian UMNO untuk mendokong kerajaan PN dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi.

Sebelum ini, pemimpin daripada pelbagai parti terdiri daripada UMNO, parti komponen Barisan Nasional (BN) dan juga beberapa parti daripada blok pembangkang telah mendesak supaya diadakan gencatan politik bagi memberi ruang kepada kerajaan untuk fokus menangani penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!