Warga emas dicekup bersama mercun jualan

Ismail (tengah) menunjukkan mercun yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.
Ismail (tengah) menunjukkan mercun yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.
A
A
A

PASIR MAS - Hasrat seorang warga emas untuk mengaut keuntungan hasil jualan mercun sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak kesampaian apabila dicekup oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan, Sabtu lalu.

Lelaki yang berusia 72 tahun itu dicekup bersama 40 kotak mercun dan bunga api serta lima guni mercun bola di Kampung Kedai Lama, Rantau Panjang di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Ismail Jusoh berkata, lelaki berkenaan ditahan anggota PGA Batalion 7 ketika sedang memunggah bahan itu ke dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Land Cruiser.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas kenderaan itu dan sekitar kawasan rumah membawa kepada penemuan bahan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar berkait rampasan mercun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Turut hadir, Pegawai Pemerintah Medan PGA Batalion 7 Kuantan, Deputi Superintendan Abd Aziz Che Embun.

Menurutnya, rampasan tersebut dianggarkan berjumlah RM30,000 mengikut harga pasaran.

Katanya, kejayaan itu hasil ketangkasan Unit Risikan Sempadan PGA Batalion 7 yang diketuai oleh Inspektor Ahmad Amiridzwan Mohd Nawawi.

Artikel Berkaitan:

Ismail berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mercun itu dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran sempena Tahun Baharu Cina.

Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!