Ulama Sunni rapat dengan Presiden Syria mati akibat bom kereta

Gambar fail menunjukkan Allahyarham Adnan (kiri) bersama Presiden Syria, Bashar al-Assad di Damsyik. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan Allahyarham Adnan (kiri) bersama Presiden Syria, Bashar al-Assad di Damsyik. - Foto AFP
A
A
A

DAMSYIK - Seorang ulama terkenal, Adnan al-Afiyuni yang berkhidmat di wilayah Damsyik terbunuh semalam apabila sebuah bom yang diletakkan pada keretanya meletup di bandar raya ini, kata agensi berita SANA.

Allayharham Adnan ialah mufti mazhab Sunni dan dianggap rapat dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad yang juga penganut Syiah.

Badan Pemantau Untuk Hak Asasi Manusia Syria yang memantau perang saudara di negara itu berkata, ulama berusia 66 tahun itu memainkan peranan penting dalam mencapai perjanjian damai dengan para pejuang yang memberontak di pinggir Damsyik dalam peperangan yang berlanjutan sehingga sembilan tahun.

Allayharham Adnan meninggal dunia akibat "daripada satu bahan letupan diletakkan pada keretanya" di bandar Qudsaya, barat laut Damsyik, lapor SANA yang memetik Kementerian Pembiayaan sebagai berkata.

Pada September 2016, ulama tersebut menjadi imam ketika Bashar membuat kemunculan di khalayak ramai bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Daraya, di luar Damsyik.

Kejadian letupan jarang berlaku di sekitar Damsyik sejak tentera kerajaan berjaya mengusir para pejuang dan jihad dari bandar raya tersebut pada tahun 2018.

Selepas satu siri kemenangan tentera yang disokong oleh sekutu utama Rusia, kerajaan berjaya menguasai semula kira-kira 70 peratus negara itu, kata badan pemantau tersebut.

Ia menyatakan perang di Syria telah membunuh lebih 380,000 orang dan berjuta-juta lagi hilang tempat tinggal sejak tahun 2011. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!