BN lantik Hishammuddin sebagai Bendahari Agung

Kenyataan pelantikan Hishammuddin yang dikeluarkan oleh BN hari ini.
Kenyataan pelantikan Hishammuddin yang dikeluarkan oleh BN hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mengumumkan rombakan struktur kepimpinan dengan melantik Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Bendahari Agung BN baharu menggantikan penyandang, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu diputuskan setelah berunding dengan presiden-presiden dalam komponen BN.

“Suatu rombakan kecil dalam kepimpinan BN telah dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk mengukuhkan struktur organisasi BN.

“Datuk Seri Tengku Adnan masih kekal dan akan terus menjalankan tugas-tugas selaku Bendahari Agung UMNO,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, BN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tengku Adnan atas jasa dan peranan beliau sepanjang menjawat jawatan Bendahari Agung BN.

BN turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Sembrong itu dan berharap dapat menjalankan tanggungjawab diamanahkan dengan sebaiknya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!