Covid-19: Spekulasi pengisytiharan darurat memuncak

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Spekulasi mengenai pengisytiharan darurat bagi menangani pandemik wabak koronavirus (Covid-19) kini kian memuncak.

Perkara itu difahamkan antara inti pati yang dibincangkan dalam mesyuarat khas Kabinet pagi tadi.

Walaupun menteri yang ditemui selepas mesyuarat tersebut enggan membuka mulut, ada portal berita melaporkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bersetuju melakukan proklamasi atau pengisytiharan darurat bagi menangani pandemik Covid-19.

Khabar angin juga menyebut Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.

Bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah difahamkan kini berada di Kuantan, Pahang dan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS.

Sementara itu, sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang sepatutnya diadakan hari ini juga dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

ARTIKEL BERKAITAN:15 soalan dan jawapan berkaitan darurat

PM menghadap Agong di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota

Artikel Berkaitan:

Spekulasi darurat: Muhyiddin menghadap Agong

Pada 18 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan jangkitan baharu Covid-19 akan mencecah 1,300 menjelang hujung bulan ini.

Unjuran itu berdasarkan nilai kebolehjangkitan (Ro) semasa yang berada pada kadar 1.5, susulan peningkatan kes baharu wabak terbabit ketika ini.

Terdahulu, Muhyiddin bersama menteri Kabinet bermesyuarat selama tiga jam di Bangunan Perdana Putra pagi tadi.

Turut kelihatan, kenderaan yang membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun keluar bersama kenderaan yang dinaiki menteri lain meninggalkan bangunan itu sekitar jam 12.45 tengah hari.

Kenderaan membawa Muhyiddin memasuki bangunan Perdana Putra hari ini untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet. - Foto Bernama
Kenderaan membawa Muhyiddin memasuki bangunan Perdana Putra hari ini untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet. - Foto Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!