Agong berkenan solat Jumaat di Kuantan
KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS, di sini hari ini.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.
Wan Rosdy turut berkongsi gambar-gambar Seri Paduka Baginda menyantuni rakyat jelata selepas selesai solat melalui Facebook rasminya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!