KPDNHEP Kelantan pantau penggunaan logo halal

Azanizam (dua, kiri) meninjau harga barang di Pasaraya Pantai Timor Pengkalan Chepa hari ini.
Azanizam (dua, kiri) meninjau harga barang di Pasaraya Pantai Timor Pengkalan Chepa hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Bagi membendung penyalahgunaan logo halal di premis perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Elwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan memeriksa 68 premis perniagaan sepanjang bulan ini.

Pengarahnya, Khalid Tik berkata, operasi pemeriksaan tidak hanya tertumpu pada restoran tetapi turut melibatkan kedai roti dan kilang ais.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menguatkuasakan operasi membabitkan kedai yang pernah memiliki sijil halal kerana dikhuatiri menggunakan logo tamat tempoh.

“Sepanjang operasi ini, KPDNHEP bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

“Kita juga khuatir jika ada barang terlarang atau haram dalam penyediaan makanan dan minuman namun masih menggunakan logo halal tamat tempoh,” katanya, selepas Majlis Perlancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Pasaraya Pantai Timur Pengkalan Chepa.

Hadir sama Penguatkuasa Kanan KPDNHEP negeri, Azanizam Affendi Juri; Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kelantan, Mohd Fadly Hasan dan Penolong Pengurus Cawangan, Pasaraya Pantai Timur Pengkalan Chepa, Tay Hock Chye.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!