Lelaki maut bertembung motosikal

Keadaan salah sebuah motosikal mangsa yang remuk dalam kemalangan di Pantai Remis, hari ini.
Keadaan salah sebuah motosikal mangsa yang remuk dalam kemalangan di Pantai Remis, hari ini.
A
A
A

PANTAI REMIS - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua motosikal di Taman Pantai Wang, Sungai Batu di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam itu Helmi Che Majid, 42, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan dari Sungai Batu ke Ladang Huntly manakala penunggang Yamaha 125ZR dari arah bertentangan.

“Tiba di tempat kejadian dipercayai motosikal yang ditunggang mangsa masuk ke laluan penunggang motosikal Yamaha berusia 21 tahun itu.

“Akibat terlalu dekat, penunggang Yamaha tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran. Dia mengalami patah tangan dan kaki bahagian kanan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung namun, salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia.

“Mangsa maut dibawa ke Unit Forensik untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!