Majlis tahlil ganti majlis hari lahir

Mohd Bukhari (berdiri) dan isteri melayan tetamu yang datang pada majlis tahlil dan doa kesyukuran di rumahnya hari ini.
Mohd Bukhari (berdiri) dan isteri melayan tetamu yang datang pada majlis tahlil dan doa kesyukuran di rumahnya hari ini.
A
A
A

SEREMBAN – Perancangan seorang bapa untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir buat anaknya dengan lebih meriah hari ini tidak kesampaian apabila anaknya, Allahyarham Muhammad Fawwaz Adli, 5, telah meninggal dunia dua bulan lalu.

Anak sulung kepada pasangan suami isteri, Mohd Bukhari Zainal Anuar, 34, dan Siti Khadijah Mohamad Daud, 32, meninggal dunia pada 28 Ogos lalu selepas setahun terlantar sakit akibat tragedi dihempap peti sejuk di rumah keluarganya di Taman Cempaka, Nilai pada 12 Julai tahun lalu.

Majlis yang telah dirancang tiga bulan sebelum pemergian Allahyarham bagaimanapun telah diganti dengan majlis tahlil dan doa kesyukuran di kediamannnya di Taman Tuanku Jaafar di sini.

Mohd Bukhari berkata, beliau telah membuat perancangan awal untuk meraikan hari lahir anaknya itu secara lebih meriah tahun ini sebagai ganti majlis hari lahirnya tahun lalu.

"Sambutan hari lahir arwah tahun lalu kami hanya sambutnya secara sederhana kerana pada waktu itu keadaannya agak kritikal dan doktor pun tidak menggalakkan kami untuk mengadakan majlis yang dihadiri ramai orang tapi bila tengok keadaan arwah makin baik dalam tempoh beberapa bulan sebelum dia meninggal, kami dah berniat dan merancang untuk adakan majlis hari lahirnya kali ini secara lebih meriah.

“Tapi takdir Allah...dia pergi meninggalkan kami pada 28 Ogos lalu dan tak sempat untuk diraikan pada hari lahirnya yang keenam," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Mohd Bukhari yang mengakui reda dengan keadaan itu memberitahu bagaimanapun sangat memberi kesan kepada dirinya dan isteri.

Katanya, peti sejuk yang menghempap Allahyarham juga telah pun dijualnya kerana tidak mahu lagi mengingati tragedi itu.

Artikel Berkaitan:

"Kalau ikutkan memanglah peti sejuk itu keperluan saya untuk berniaga tapi bila saya pandang saja, saya jadi sedih dan teringatkan arwah dan sebab itu saya jualnya.

"Katil arwah yang disumbangkan oleh orang ramai juga saya dah wakafkan manakala barang lain seperti susu dan lampin pakai buang telah saya pulangkan kepada Baitulmal," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak lelaki lima tahun parah dihempap peti sejuk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!