4 nelayan asing palsukan pengenalan diri ditahan

Bot nelayan tempatan yang dinaiki empat awak-awak warga Thailand dan Kemboja dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman di Bukit Kuang untuk siasatan lanjut.
Bot nelayan tempatan yang dinaiki empat awak-awak warga Thailand dan Kemboja dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman di Bukit Kuang untuk siasatan lanjut.
A
A
A

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Kemaman menahan empat nelayan asing yang memalsukan pengenalan diri ketika pemeriksaan di bot nelayan tempatan dinaiki mereka.

Bot itu ditahan kira-kira jam 8.45 pagi semalam pada jarak kira-kira 36 batu nautika dari Tanjung Mat Amin, di sini ketika kapal peronda Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan di sekitar perairan Kemaman.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, terdapat seorang tekong dan empat awak-awak warga Thailand dan Kemboja ketika pemeriksan dilakukan di dalam bot itu.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati empat awak-awak iu memiliki pasport dan permit kerja palsu dan meragukan. Keempat-empat awak-awak itu berusia 29 hingga 52 tahun.

"Kes ini adalah tangkapan pertama oleh Zon Maritim Kemaman yang melibatkan kes pengenalan diri palsu pada tahun ini," katanya hari ini.

Menurutnya, bot berserta awak-awak terbabit kemudian dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman di Bukit Kuang di sini, untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959 dan Akta Pasport 1966.

"Kita akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina bagi memastikan perairan Terengganu selamat daripada aktiviti melanggar undang-undang.

"Komuniti maritim juga dialu-alukan menyalurkan maklumat jika mengetahui mengenai kegiatan yang melanggar undang-undang terutama melibatkan pencerobohan nelayan asing," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!