Lima tahanan Depot Imigresen Pekan Nanas larikan diri
JOHOR BAHRU - Lima tahanan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian di sini dipercayai melarikan diri pada 17 Oktober lalu.
Difahamkan, kesemua mereka ditahan membabitkan kes imigresen dan dalam proses pengusiran pulang ke negara asal.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu pada 17 Oktober lalu di Balai Polis Simpang Renggam.
Bagaimanapun, usaha mendapatkan pengesahan dan info lanjut kes berkenaan daripada Jabatan Imigresen Johor gagal.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!