Dijel gara-gara pukul kepala rakan dengan kayu

Tertuduh, Mohamad Nursalam dijatuhi hukuman 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana memukul kepala rakannya menggunakan kayu.
Tertuduh, Mohamad Nursalam dijatuhi hukuman 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana memukul kepala rakannya menggunakan kayu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana memukul kepala rakannya menggunakan sebatang kayu sehingga cedera.

Hukuman diputuskan Majistret Abdul Hayyi Salim terhadap Mohamad Nursalam Marzuki, 22, dari Seberang Takir, Kuala Nerus, selepas mengaku bersalah pertuduhan disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan sebatang kayu terhadap mangsa, Muhammad Syakir Afiq Mohamad @ Fauzi, 20, di sebuah rumah di Jalan Seberang Takir, Kampung Batin, Kuala Nerus, kira-kira jam 9 malam, pada 18 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!