Darurat bukan pilihan masa sekarang: Shafie Apdal

SHAFIE APDAL
SHAFIE APDAL
A
A
A

KOTA KINABALU - Darurat bukan pilihan buat masa sekarang untuk Malaysia, kata bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurutnya, jika diisytiharkan darurat ekonomi domestik serta global akan runtuh dan mempengaruhi kehidupan rakyat Malaysia. Ia adalah musuh yang sebenarnya.

"Saya mohon semua pemimpin untuk mengenepikan perbezaan kita dan bekerja sebagai satu untuk mengatasi masalah yang kita hadapi dengan mengutamakan raja, negara dan rakyat dahulu berbanding isu lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perpaduan adalah jalan penyelesaian ketika berhadapan masa yang sukar ini.

"Apa pun yang berlaku, bangsa harus dimajukan dan rakyat tidak boleh dirugikan," katanya.

Mohd Shafie berkata, inilah masanya untuk meletakkan perbezaan termasuk agama dan bangsa dan bergabung untuk melawan musuh yang sebenar.

"Kita mungkin tidak sepakat dalam banyak perkara tetapi buat masa ini, saya rasa kita boleh bersetuju dengan satu perkara, cintai negara kita.

"Semoga ALLAH berikan kita kebijaksanaan dan petunjuk untuk memilih jalan yang betul untuk kepentingan negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sejak kelmarin, timbul desas-desus mengatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal membuat satu keputusan besar dan sebelum itu turut timbul spekulasi akan diisytiharkan darurat berikutan keadaan pandemik koronavirus (Covid-19) yang membimbangkan negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!