Bale sedia harungi aksi berdepan Burnley

Bale mengawal bola sambil cuba diasak pertahanan West Ham. - Foto gettyimages
Bale mengawal bola sambil cuba diasak pertahanan West Ham. - Foto gettyimages
A
A
A

PEMAIN pinjaman Tottenham Hotspurs, Gareth Bale bersedia untuk mengharungi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Burnley di Turf Moor awal pagi nanti.

Bale berkata, dia sudah tidak sabar untuk kembali beraksi dalam saingan EPL sejak menyertai gergasi La Liga, Real Madrid pada 2013 lalu.

Justeru bintang Wales itu berazam untuk mendapatkan semula rentak serta kecergasannya bagi mengharungi perlawanan berkenaan.

“Pasti saya akan mengambil masa untuk kembali mendapatkan kecergasan perlawanan (match fitness) dan juga ‘ketajaman’ di depan pintu gol lawan.

“Perlawanan ini adalah antara perlawanan yang boleh membantu saya daripada segi kecergasan, menjadi lebih ‘tajam’ dan pantas,” katanya.

Untuk rekod ketika mewakili Tottenham Hotspurs, Bale telah menjaringan 55 gol dan perkara itu telah menarik minat Real Madrid untuk mendapatkan khidmatnya.

Di Santiago Bernabeu Bale telah membantu Real Madrid muncul juara La Liga sebanyak dua kali, empat trofi Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini khidmat Bale seakan tidak diperlukan oleh gergasi La Liga itu dan menyebabkan dia kini dipinjamkan kepada kelab asalnya, Tottenham Hotspurs.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Bale turut menyifatkan perlawanan berkenaan sebagai proses untuknya kembali cergas, tajam dan pantas ketika beraksi di padang.

Katanya, setelah hanya bermula sebagai pemain gantian pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika terikat 3-3 dengan West Ham 18 Oktober lalu sebelum kemudiannya diturunkan dalam kesebelasan utama ketika menewaskan kelab Poland, LASK 3-0 dalam saingan Liga Europa 23 Oktober lalu.

“Bagi saya kedua-dua perlawanan ini telah menyaksikan persembahan yang profesional daripada semua pemain.

“Perlawanan-perlawanan ini boleh jadi menjadi sukar jika anda tidak mengambil serius mengenainya kerana kami memang mengambilnya dengan serius.

“Secara keseluruhannya kita ada kekuatan serta pemain-pemain handalan; namun kita ada banyak pertandingan dan kita memang memerlukan setiap pemain beraksi di sepanjang musim nanti,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!