PKPB: Kekerapan tren, bas di Lembah Klang dikurangkan

Rapid Rail akan mengurangkan kekerapan tren LRT, MRT dan monorel mulai esok sehingga berakhir arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. - Foto Bernama
Rapid Rail akan mengurangkan kekerapan tren LRT, MRT dan monorel mulai esok sehingga berakhir arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Rapid Rail akan mengurangkan kekerapan tren LRT, MRT dan monorel mulai esok sehingga berakhir arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Datin Noria Noah berkata, pihaknya telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pengangkutan untuk mengimbangi kekerapan tren berdasarkan permintaan berikutan penurunan besar aliran penumpang akibat PKPB.

"Perkhidmatan LRT, MRT dan monorel ini bagaimanapun akan beroperasi mengikut masa yang sama dari jam 6 pagi hingga tengah malam.

"Hanya kekerapan berubah mengikut masa dan permintaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perubahan kekerapan perkhidmatan tren tersebut membabitkan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dan Kelana Jaya, manakala monorel serta MRT bagi laluan Kajang.

Mengulas lanjut, Noria berkata, operasi tren di semua laluan dipantau rapi pusat kawalan operasi yang diberi kuasa untuk menambah tren sekiranya diperlukan mengikut peningkatan permintaan pada masa-masa tertentu.

Dalam konteks yang sama, beliau berkata, kekerapan bas Rapid KL dan perantara Jom Naik MRT turut dikurangkan mulai esok.

"Berdasarkan kepada data yang kami ada, trend menunjukkan jumlah penumpang menurun termasuk pada waktu puncak. Penumpang pada waktu luar puncak bagaimanapun masih sama tetapi adalah amat rendah.

Artikel Berkaitan:

"Justeru itu, perkhidmatan Rapid Bus adalah berdasarkan pelan perjalanan hujung minggu yang merupakan penurunan sebanyak 20 peratus daripada perjalanan pada hari bekerja.

"Rapid Bus bagaimanapun akan terus memantau rapi melalui operasi Pusat Kawalan Bas," ujarnya.

Tambah beliau, pengguna digalak menggunakan aplikasi google maps/moovit dan melihat sendiri kedudukan bas di myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk untuk merancang perjalanan yang lebih baik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!