TV AlHijrah bantu ekosistem ekonomi Islam menerusi Bincang Niaga Extra

Kempen Bincang Niaga Extra yang akan dilancarkan pada Isnin, 26 Oktober 2020.
Kempen Bincang Niaga Extra yang akan dilancarkan pada Isnin, 26 Oktober 2020.
A
A
A

STESEN penyiar TV AlHijrah meneruskan lagi misi bantuan membangunkan ekonomi usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menerusi kempen Bincang Niaga Extra yang akan dilancarkan pada Isnin, 26 Oktober 2020 bermula 9 pagi hingga 6 petang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris, pada perancangan awal, pihaknya berhasrat untuk mengadakan sesi ini secara fizikal di stesen penyiaran kami iaitu di Kompleks Pusat Islam, namun pihaknya akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan pada 14 Oktober 2020 lalu.

“Oleh itu, sesi suai temu serta perkongsian ilmu bersama usahawan yang berminat untuk meneroka cabang promosi perniagaan di televisyen akan diadakan secara atas talian sahaja bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya.

Menurut Namanzee, Bincang Niaga Extra masih diteruskan kerana menerima banyak permintaan daripada usahawan PKS terutamanya usahawan yang pernah menerima bantuan pengiklanan percuma TV AlHijrah menerusi program Pakej Stimulus IKS TV AlHijrah (PSIKS).

“PSIKS adalah inisiatif bersepadu yang memberikan ruang pengiklanan percuma bernilai rm28 ribu kepada mereka yang layak. PSIKS yang dilancarkan pada Mac 2020 yang lalu dilaksanakan bagi menyokong kempen Musaadah Covid-19 yang dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi menyantuni usahawan PKS yang terkesan akibat Covid-19.”

“Saya percaya, kumpulan usahawan yang kami bantu secara percuma sewaktu program Pakej Stimulus Industri Kecil Sederhana (PSIKS) yang lalu sudah nampak respon positif dan impak kuasa pengiklanan di televisyen. Rata-rata mengalami lonjakan semula aliran perniagaan mereka setelah beriklan bersama kami,” katanya.

Pihak SME Corp turut memberi penerangan
Pihak SME Corp turut memberi penerangan

Namanzee turut memberi jaminan bahawa stesen TV AlHijrah masih mendapat tempat di hati penonton Malaysia selaku media Islam yang adil dan bertanggungjawab. Ini jelas terbukti apabila rating TV AlHijrah stabil dalam penguasaan semua segmen siaran samada pada waktu awal pagi mahupun pada waktu puncak.

Artikel Berkaitan:

“Kami turut menguasai angka tontonan terkumpul terbaik Januari hingga Ogos lalu iaitu sekitar 14 juta penonton televisyen, 74 juta penonton di platform media digital,” jelas Namanzee lagi.

“Kredibiliti TV AlHijrah sebagai sebagai saluran TV gaya hidup Islam yang dipercayai tidak harus disangkal lagi. Ini kerana, sebagai stesen Islamik, apa saja produk yang disiarkan di TV AlHijrah perlulah patuh syariah dan halal. Hubungi kami untuk berbincang dan atur strategi terancang serta holistik. Ini adalah tugasan fardu kifayah kami” jelas Namanzee.

Usahawan PKS yang berminat untuk memasarkan produk mereka di TV AlHijrah dengan pakej serendah RM2,000 hanya perlu menonton TV AlHijrah atau lawati facebook TV AlHijrah dan mendaftar menerusi kod imbasan QR yang disediakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!