Pemisah Papua serang tentera Indonesia

Pemberontak pemisah meningkatkan serangan ke atas tentera Indonesia di Papua sejak awal Januari.
Pemberontak pemisah meningkatkan serangan ke atas tentera Indonesia di Papua sejak awal Januari.
A
A
A

WAMENA - INDONESIA. Seorang askar Indonesia cedera di bahu selepas terkena tembakan dilepaskan pemberontak pemisah di wilayah bergolak Papua, kata seorang pegawai hari ini.

Kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi (waktu tempatan) ketika Batalion Infantri 751 membuat rondaan di daerah Mapenduma.

Jurucakap tentera, Muhammad Aidi berkata pihaknya percaya serangan didalangi kumpulan yang dipimpin Egianus Kogoya.

"Mangsa bersama 10 rakannya melakukan rondaan rutin sekitar Mapenduma sebelum diserang hendap kumpulan pemisah bersenjata.

"Susulan itu, pesawat tentera dikerah ke Mapenduma untuk mengambil dan menghantar mangsa ke hospital," kata Muhammad.

Sejak awal bulan ini, terdapat tiga serangan puak pemisah menyasarkan anggota tentera Indonesia di Papua.

Serangan telah menyebabkan tiga askar cedera dan dua terkorban.

Pada Disember lalu, pemberontak bersenjata telah membunuh lebih 24 pekerja binaan di Nduga, daerah di tengah rantau barat separuh kepulauan New Guinea, di utara Australia.

Artikel Berkaitan:

Pembunuhan itu didakwa dilakukan pemberontak yang berjuang menentang pemerintahan Jakarta. - Kompas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!