Remaja lemas ketika menjala ikan

Anggota bomba mengangkat mayat seorang remaja lelaki selepas ditemukan kira-kira 2 meter dari tempatnya lemas di Sungai Linggiu, Felda Linggiu, Kota Tinggi hari ini.
Anggota bomba mengangkat mayat seorang remaja lelaki selepas ditemukan kira-kira 2 meter dari tempatnya lemas di Sungai Linggiu, Felda Linggiu, Kota Tinggi hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang remaja lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika menjala ikan bersama keluarganya di Sungai Linggiu, Felda Linggiu dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 10.20 pagi, Reyroieno Leo Anak Rosita, 14, dikatakan terjatuh ke dalam sungai berkenaan sebelum hilang.

Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Pasukan Mencari dan Menyelamat di Air (PPDA) melakukan pencarian di sekitar kawasan mangsa jatuh ke dalam sungai.
Pasukan Mencari dan Menyelamat di Air (PPDA) melakukan pencarian di sekitar kawasan mangsa jatuh ke dalam sungai.

Komander operasinya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata, operasi pencarian mangsa dilakukan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat di Air (PPDA) di sekitar kawasan mangsa lemas.

"Mangsa dijumpai kira-kira 2 meter dari tempatnya dipercayai terjatuh pada kedalaman tujuh meter. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada jam 5.35 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!