Keputusan Agong adalah terbaik: Tok Mat

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama Raja-Raja Melayu telah membuat keputusan terbaik untuk Malaysia dengan tidak mengisytiharkan perintah darurat seperti yang dicadangkan kerajaan.

"Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu melalui keputusan ini telah mempertahankan Perlembagaan, mengiktiraf kerja keras dan sumbangan luar biasa petugas kesihatan dan barisan hadapan negara serta mengutamakan kepentingan rakyat kebanyakan,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan darurat

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, beliau yakin kerajaan Perikatan Nasional akan mengusahakan apa jua yang sewajarnya untuk menterjemahkan keputusan yang disifatkan sebagai bijaksana.

Beliau berkata, keputusan itu sewajarnya mendorong semua pihak tampil demi kepentingan nasional untuk bersama-sama kerajaan dalam memerangi pandemik global ini.

“Kebijaksanaan dan hikmah Seri Paduka dalam perkara ini meyakinkan patik bahawa institusi raja mempunyai peranan Perlembagaan yang sangat penting dalam pentadbiran negara ini.

"Untuk kesekian kalinya, Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu terus mengutamakan rakyat dan kebajikan mereka dengan sebaik-baiknya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:15 soalan dan jawapan berkaitan darurat

PM menghadap Agong di Istana Abdul Aziz Indera Mahkota

Spekulasi darurat: Muhyiddin menghadap Agong

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!