Korea Selatan beri pinjaman kepada tiga negara Asia
SEJONG - Kementerian Kewangan Korea Selatan hari ini meluluskan pinjaman sebanyak AS$200 juta untuk disalurkan kepada tiga negara Asia bagi membantu usaha memerangi pandemik koronavirus (Covid-19) dengan lebih berkesan, lapor agensi berita Yonhap.
Kelulusan itu sebahagian rancangan Korea Selatan untuk memberikan pinjaman dan geran lebih AS$400 juta kepada negara-negara membangun tahun ini.
Tiga negara itu ialah Filipina, Kemboja dan Bangladesh.
Dana itu diharap dapat membantu negara berkenaan melawan virus dan memperluas kemudahan pencegahan, kata kementerian itu.
Di seluruh dunia setakat ini lebih 42 juta orang sudah dijangkiti Covid-19 dan lebih 1.1 juta meninggal dunia, menurut data Johns Hopkins University. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!