Polis Thailand rampas 300,000 pil kuda

Bungkusan pil kuda yang ditemui disimpan dalam tangki septik di rumah suspek.
Bungkusan pil kuda yang ditemui disimpan dalam tangki septik di rumah suspek.
A
A
A

KALASIN - THAILAND. Polis Thailand hari ini menemui hampir 300,000 pil kuda yang disembunyikan dalam tangki septik di rumah seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di daerah Yang Talat.

Serbuan dilakukan selepas polis menahan Arthit Khunhong ketika pemuda berusia 29 tahun itu sedang membuat hantaran bekalan dadah di Maha Sarakham pada Selasa.

Ketika disoal siasat, suspek mengaku memperolehi pil tersebut dari negara jiran dan menyimpannya di rumah sebelum menyerahkannya kepada anggota sindiket pengedaran dadah di bahagian timur laut Thailand.

Polis berkata, siasatan penuh sedang dijalankan bagi memburu anggota sindiket berkenaan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!