Jaga-jaga abang bas, anda diperhatikan
KOTA BHARU - Menyamar jadi penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas antara taktik digunakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan pemandu pengangkutan awam mematuhi had laju pada Op Tahun Baru Cina.
Pengarah JPJ Kelantan, Mahassan Mustapa berkata, selain had laju, kaedah itu juga diguna pakai bagi mengenal pasti pemandu bas ekspres yang melakukan tujuh kesalahan utama termasuk memandu menggunakan telefon bimbit.
“Kaedah ini diguna pakai setiap kali musim perayaan dan sepanjang taktik dijalankan bermula 29 Februari lalu, pemanduan melebihi had laju agak berkurangan.
“Begitu juga bagi kesalahan memotong di garisan berkembar dan kesalahan-lain,” katanya pada pelancaran Op Tahun Baru Cina di Terminal bas Lembah Sireh, di sini, malam tadi.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan,
Faridatul Nadya Mohamed Yusoff bersama anggotanya bagi menyerahkan stiker pantulan cahaya kepada pemandu bas untuk dilekatkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!