Majlis Tertinggi UMNO buat keputusan malam ini

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertemuan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini memberikan pandangan berkaitan hala tuju dan pendirian parti yang sewajarnya berhubung perkembangan politik semasa.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pandangan berkenaan akan bincangkan dan suatu keputusan 'muktamad' akan dibuat menerusi mesyuarat Majlis Tertinggi parti malam ini.

“Kita tak buat apa-apa keputusan. Kita sekadar buat percambahan fikiran dengan pandangan-pandangan ahli Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang ini.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, sebagai ahli parti, mereka tertakluk pada keputusan parti dan perlu berpegang prinsip yang didukung semua pihak, antaranya tidak boleh memecahkan UMNO.

“Macam mana pun, UMNO tidak boleh pecah. Mesti bertindak sebagai satu blok,” katanya.

Ketika ditanya sama ada mesyuarat tadi ada menyentuh mengenai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, bekas Presiden UMNO itu berkata, bermacam-macam pandangan diberikan dalam mesyuarat berkenaan.

“Tapi pandangan ini tak boleh ambil kira, yang penting sekali keputusan nanti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kebiasaannya tindakan UMNO adalah secara 'en-bloc'.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Gua Musang itu tidak menolak isu kepimpinan Muhyiddin dibangkitkan pada pertemuan petang tadi.

“Ada juga disebut tetapi semuanya akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi malam ini," katanya sebelum beredar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!