Parti politik kini dalam keadaan berantakan

Penolakan secara berterusan pemimpin politik khususnya dalam kalangan pemimpin BN terhadap Muhyiddin menggambarkan parti-parti politik di Malaysia kini dalam keadaan berantakan.
Penolakan secara berterusan pemimpin politik khususnya dalam kalangan pemimpin BN terhadap Muhyiddin menggambarkan parti-parti politik di Malaysia kini dalam keadaan berantakan.
A
A
A

SHAH ALAM - Penolakan secara berterusan pemimpin politik khususnya dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggambarkan parti-parti politik di Malaysia kini dalam keadaan berantakan.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Mujibu Abd Muis berkata, keadaan itu dapat dilihat apabila pergerakan politik semalam bertentangan dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kelmarin.

Secara asas, katanya, sudah tiba masanya untuk semua parti membuat konsensus politik bagi membolehkan usaha untuk menangani Covid-19 dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara ini dapat dilakukan dengan sebaiknya.

“Saya rasa tindakan yang terbaik adalah mengikut titah Yang di-Pertuan Agong (supaya) melupakan seketika politik, berikan ruang dan penumpuan kerajaan menangani masalah Covid-19.

“Paling penting boleh mewujudkan satu rekonsiliasi nasional atau menubuhkan gagasan kerajaan yang bersama seperti yang berlaku di luar negara.

“Sebagai contoh, ketika krisis pada 13 Mei 1969 ada satu gabungan besar parti ketika itu yang bergerak senada atas dasar keperluan negara yang menghadapi krisis,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.Mujibu berkata, dalam keadaan sekarang adalah mustahil untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Katanya, langkah gentleman yang boleh dilakukan Muhyiddin adalah dengan berundur secara terhormat atau memberi laluan kepada Parlimen untuk menentukan nasib beliau.

“Saya rasa Muhyiddin boleh secara terhormat meletak jawatan atau memberi laluan kepada Parlimen seperti mana yang saya katakan tadi untuk menentukan nasib beliau dan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

“Selagi mana kerajaan itu bertahan, stabil dan paling penting yang harus bertahan adalah kerajaan dan negara, bukannya mana-mana individu atau lebih teruk lagi nasib negara ini tidak boleh ditentukan oleh 222 ahli Parlimen kita semata-mata,” katanya.

UMNO
UMNO

Menurutnya, paling utama dan harus diberi keutamaan oleh ahli politik adalah memikirkan masa depan kira-kira 32 juta rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan.

Sementara itu, pandangan sama diberikan penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk semua parti politik mewujudkan perpaduan demi kelangsungan masa depan negara yang berdepan saat kritikal susulan pandemik Covid-19.

Katanya, kecelaruan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sendiri membabitkan rakan sekutunya, Barisan Nasional (BN), memberi isyarat yang salah kepada rakyat dan penyokong mereka.

“Sepatutnya apa yang perlu dilakukan adalah gencatan politik dan rekonsiliasi politik supaya dapat melakukan runding damai sesuai dengan apa yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

“Ketika ini, masa untuk BN membina perpaduan dalam dan luar parti untuk menampakkan wujudnya politik berhemah dan bermoral supaya kembali membina keyakinan dalam kalangan ahli, bukannya menolak secara berterusan kepercayaan ahli,” katanya.

Beliau mengambil contoh kenyataan tidak senada pemimpin BN terhadap Muhyiddin memperlihatkan parti itu tiada ketetapan dalam membuat pendirian.Katanya, kecelaruan dalaman rakan sekutu PN boleh menggugat perancangan parti untuk menstabilkan kedudukan selepas kalah pada PRU14.

“Saya rasakan kalau kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan berdasarkan personaliti dan bukannya parti, ia akan mengikis imej UMNO dan BN.

“Rakyat sudah muak dengan kedudukan politik. Apa yang harus dilakukan adalah bina semula imej parti atau pemimpin tercalar disebabkan beberapa kenyataan atau pendirian dibuat,” katanya.

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!