Bomba hadapi kesukaran sanitasi lokasi warga asing

Norazam (kiri) memberi penerangan kepada anggota yang terlibat ketika proses sanitasi di Bangunan UTC Shah Alam hari ini.
Norazam (kiri) memberi penerangan kepada anggota yang terlibat ketika proses sanitasi di Bangunan UTC Shah Alam hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 916 lokasi membabitkan pelbagai kategori premis sudah disanitasi sejak Mac hingga hari ini bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Pengarahnya, Norazam Kamis berkata, dalam tempoh sama sebanyak 600 agensi kerajaan dan pasar awam turut menjalani proses sanitasi.

Bagaimanapun katanya, kesukaran dihadapi ketika proses sanitasi di lokasi melibatkan warga asing kerana mereka tidak memahami prosedur dan cara kerja.

"Penduduk tempatan pula amat memahami proses itu dan mereka juga berasa selamat dengan pembasmian wabak Covid-19," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses sanitasi yang dijalankan oleh JBPM Selangor di Bangunan UTC Shah Alam hari ini.

Norazam (kanan) meninjau proses sanitasi yang dilaksanakan di Bangunan UTC Shah Alam hari ini.
Norazam (kanan) meninjau proses sanitasi yang dilaksanakan di Bangunan UTC Shah Alam hari ini.

Mengulas lanjut, Norazam berkata, seramai 16 anggota dan sembilan pegawai kanan terlibat dalam proses sanitasi di Bangunan UTC itu yang mempunyai 66 buah premis kedai.

Katanya, lokasi berkenaan merupakan tumpuan awam dan bahan paling selamat digunakan untuk proses itu.

Ketika diminta mengulas mengenai perkembangan tapak sampah haram di Bukit Kerayong, Kapar pada Ahad lalu, Norazam berkata, insiden itu berjaya ditangani dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya hari ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Norazam berkata, lokasi tapak haram itu sebelum ini telah beberapa kali berlaku kebakaran dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian sama berulang selepas ini.

"Mungkin lokasi ini menjadi tumpuan pihak terlibat untuk mencari barangan lusuh dan turut melakukan pembakaran di sana," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!