Ibu Pejabat MBSJ ditutup bagi tujuan disinfeksi
SUBANG JAYA - Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) ditutup sehari hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja disinfeksi kuman dalam mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Datuk Bandar Subang Jaya, Noraini Roslan berkata, sehubungan itu, operasi di bangunan ibu pejabat berkenaan akan kembali beroperasi seperti biasa esok.
Menurutnya, semua pelanggan dinasihatkan untuk melakukan segala urusan secara atas talian sepanjang tempoh penutupan itu.
"Segala kesulitan amat dikesali dan sebarang maklumat lanjut orang ramai boleh berhubung terus dengan Pusat Panggilan MBSJ menerusi talian 03-80247700," katanya dalam satu notis permakluman hari ini.
Semalam, Selangor merekodkan sebanyak 177 kes baharu Covid-19 di mana hanya satu kes melibatkan jangkitan luar negara manakala selebihnya adalah jangkitan tempatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!