Anthony guna peruntukan menteri bantu mangsa kebakaran

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan sumbangan sebanyak RM25,000 akan disalurkan kepada mangsa kebakaran di 10 unit kuarters milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hangus dalam kebakaran di Jalan Lengkok Abdullah, Bangsar, 28 Januari lalu.

Katanya, beliau akan memanfaatkan peruntukan menteri yang diperolehnya untuk membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa kebakaran.

“Saya simpati dengan nasib 22 mangsa, bukan setakat rumah malah kenderaan mereka juga turut musnah.

“Jadi selain sumbangan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sebanyak RM500 setiap mangsa dan RM1,500 bagi yang sudah berkeluarga, saya juga akan menyumbangkan RM1,000 kepada mangsa yang bujang dan RM3,000 kepada yang berkeluarga menerusi peruntukan menteri,” katanya ketika ditemui media di kuarters kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menurut beliau, sumbangan tersebut akan dimasukkan terus dalam akaun mangsa-mangsa kebakaran dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

Dalam insiden 9.30 pagi 28 Januari lalu, 10 unit rumah kuarters milik KTMB terbakar, malah turut memusnahkan 11 buah kereta dan enam motosikal.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!