Kabinet terima nasihat Daim

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menghargai nasihat bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin agar menteri Kabinet tidak terus ‘bergaduh’ secara terbuka kerana ia mengundang rasa muak rakyat.

Menurut beliau, nasihat Daim untuk semua menteri Kabinet itu wajar dijadikan teladan dan diterima pakai.

No Image Caption

“Tak apalah, itu nasihat yang baik. Kita akan terima nasihat itu,” katanya ketika ditemui media di majlis penyerahan sumbangan oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) kepada mangsa-mangsa kebakaran kuarters kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada kejadian 28 Januari lalu.

No Image Caption

Sebelum ini, Daim yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, walaupun memahami bahawa semua menteri Kabinet adalah baharu, namun sikap seumpama itu tidak boleh dibiarkan sebaliknya mereka disarankan supaya sentiasa menunjukkan semangat bersatu-padu.

“Mereka (menteri Kabinet) memang baharu. Selama 50 tahun jadi pembangkang tetapi apabila menang (PRU14) sama-sama, mereka masih bergaduh sesama sendiri.

“Saya sudah beritahu banyak kali, enam bulan bolehla jika hendak bergaduh. Kalau lepas tu masih nak bergaduh, lama-lama rakyat makin muak,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!