Arab Saudi kecam karikatur hina Nabi Muhammad

Kebanyakan pasar raya di negara rantau Arab mengambil langkah menarik balik produk Perancis dari pasaran. - Foto: Agensi
Kebanyakan pasar raya di negara rantau Arab mengambil langkah menarik balik produk Perancis dari pasaran. - Foto: Agensi
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi hari ini mengutuk karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW dan sebarang cubaan untuk mengaitkan Islam dengan keganasan.

Kementerian Luar menegaskan negara Teluk juga mengutuk sebarang tindakan keganasan yang merujuk insiden guru dipenggal di Paris gara-gara melakukan tindakan provokasi kerana menunjukkan karikatur Rasulullah kononnya sebagai bentuk kebebasan bersuara.

"Kebebasan bersuara dan budaya harus menjadi penanda aras terhadap sikap menghormati, toleransi, keamanan yang menolak perbuatan yang menimbulkan kebencian, keganasan, ekstremisme yang bertentangan dengan normal masyarakat," ujar kementerian itu lagi.

Tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mempertahankan imej Nabi Muhammad SAW yang jelas mencetuskan kemarahan orang Islam turut menyebabkan kebanyakan pemimpin di rantau Arab menggesa langkah boikot terhadap produk Perancis malah Parlimen Pakistan juga meluluskan resolusi menggesa kerajaan untuk memanggil pulang duta mereka dari Paris.

Di Riyadh, gesaan untuk memboikot rangkaian pasar raya Carrefour telah menjadi trending di media sosial.

Sementara itu, beberapa pasar raya di Kuwait telah menarik balik produk Perancis dari pasaran selepas mendapat arahan kesatuan koperasi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!