Pengawal bergejala Covid-19, Maradona jalani kuarantin
BUENOS AIRES - Legenda bola sepak Diego Maradona pada Selasa menjalani kuarantin di rumahnya di Argentina selepas seorang pengawalnya didapati mempunyai gejala Covid-19, menurut pegawai akhbarnya Sebastian Sanchi.
Maradona yang kini menjadi jurulatih kelab bola sepak Argentina, Gimnasia y Esgrima La Plata, akan menjalani ujian saringan Covid-19 pada Khamis, kata Sanchi kepada Xinhua.
Awal bulan ini, Maradona yang akan menyambut ulang tahunnya ke-60 Jumaat ini diuji negatif virus itu.
-Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!