Konflik Nagorno-Karabakh: Iran perketat sempadan udara
TEHRAN - Iran memperketat pertahanan udaranya dekat sempadan barat laut berikutan konflik Nagorno-Karabakh yang tercetus antara Azerbaijan dan Armenia, lapor agensi berita Xinhua.
Langkah itu bertujuan menjaga keselamatan sempadan Iran, kata Panglima Tentera Mejar Jeneral Abdolrahim Mousavi pada Selasa.
Pada Isnin, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengerahkan pasukannya ditempatkan berhampiran sempadan dengan wilayah Azerbaijan.
Pertikaian antara Armenia dan Azerbaijan tercetus sejak 1988 dengan pertempuran baharu meletus pada 27 September. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!