Bawal putih antara 12 harga dikawal

Alwi (dua, kiri) pada sidang di pasar raya ditIndera Mahkota, hari ini.
Alwi (dua, kiri) pada sidang di pasar raya ditIndera Mahkota, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Ikan bawal putih antara 12 barangan disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2019, di negeri ini.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Alwi Abdul Hamid berkata, ini kerana bekalan ikan tersebut pada musim perayaan kali ini agak berkurangan disebabkan bukan musim.

"Ikan ini ada tempat yang tiada. Ada tempat yang jual mahal. Jadi kita kawal kerana ada permintaan di musim perayaan. Untuk musim ini harga ditetapkan bagi borong ialah RM39 sekilogram manakala RM42 sekilogram untuk runcit

"Barangan lain ialah ayam hidup dijual borang RM5.70 dan runcit RM6.20, ayam standard RM6.70 (borong) RM7.50 (runcit), ayam super RM7.50 dan RM8.40, telur ayam gred A RM0.42 sebiji dan RM0.44 sebiji, gred B RM0.41 sebiji dan RM0.43 sebiji dan gred C RM0.40 sebiji dan RM0.42.

"Harga kubis bulat import ditetapkan RM2 sekilogram (borong) dan RM3 sekilogram (runcit), bawang putih import RM6 sekilogram dan RM7 sekilogram, udang putih besar RM34 sekilogram dan RM39. Harga borong bagi daging babi bahagian perut ditetapkan RM20 sekilogram dan RM22 sekilogram manakala daging babi bahagian isi daging dan lemak ditetapkan RM13 sekilogram dan RM15 sekilogram," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sebuah pasar raya di Indera Mahkota di sini, hari ini.

Menurutnya, bagi tujuan kawalan, seramai 50 pegawai KPDNHEP akan menjalankan pemeriksaan sepanjang tempoh 10 hari skim tersebut dilaksanakan berkuatkuasa semalam iaitu enam hari sebelum perayaan, hari semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan.

"Sepanjang tempoh tersebut peniaga juga dikehendaki meletakkan tanda harga dengan menggunakan tag merah jambu; menggunakan alat timbang dan sukat yang ditentusahkan, memastikan bekalan bahan mencukupi di pasaran selain tidak menjual barangan terlibat melebihi harga ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Jika ingkar, peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, KPDNHEP," katanya.

Alwi berkata, pada perayaan Tahun Baru Cina 2018, sebanyak 27 kes direkodkan bagi kesalahan tiada tag merah jambu dan menjual melebihi harga maksimum.

Sementara itu, sebanyak 1,744 naskhah kawalan harga diedarkan di seluruh Pahang untuk tujuan hebahan dan makluman kepada orang awam.

Dalam pada itu, menurutnya, sejumlah 54 orang awam turut mendaftarkan diri sebagai sukarelawan pemantau harga barang KPDNKK setakat Januari tahun ini dan jumlah tersebut dijangka bertambah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!