Ketua sindiket penyeludup haiwan bebas

Boonchai (kiri) ditahan pada 2018 atas kesalahan menyeludup 14 tanduk badak sumbu bernilai kira-kira AS$1 juta (RM4 juta) dari Afrika ke Thailand.
Boonchai (kiri) ditahan pada 2018 atas kesalahan menyeludup 14 tanduk badak sumbu bernilai kira-kira AS$1 juta (RM4 juta) dari Afrika ke Thailand.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Seorang lelaki dipercayai ketua sindiket penyeludupan pelbagai spesies haiwan terancam di Asia dibebaskan kelmarin kerana kekurangan bukti.

Keputusan mengejut diputuskan Mahkamah Samut Prakan itu mencetuskan kemarahan aktivis haiwan.

Boonchai Bach, 40, warga Vietnam yang mempunyai kerakyatan Thailand, ditahan pada Januari 2018 atas kesalahan menyeludup 14 tanduk badak sumbu bernilai kira-kira AS$1 juta (RM4 juta) dari Afrika ke Thailand.

Kegiatannya terbongkar susulan penahanan kakitangan Taman Negara dan Pemuliharaan Hidupan Liar Thailand, Nikorn Wongprachan di lapangan terbang Bangkok ketika cuba menyeludup tanduk itu dari bahagian kuarantin ke apartmen berhampiran.

Kes berkenaan digugurkan selepas saksi utama mengubah keterangannya yang mengaitkan Boonchai dengan jenayah tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!