Amanah bincang keputusan dalam Majlis Presiden PH esok

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) akan membuat keputusan berhubung keadaan politik semasa termasuk sokongan terhadap Belanjawan 2021 pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) esok.

Menurut laporan sebuah portal berita, Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya semua ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021.

"Esok kita buat keputusan dalam mesyuarat PH," katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Amanah di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan berkenaan, Mohamad juga ditanya sekiranya terdapat pembubaran Parlimen, adakah Ahli Parlimen Kota Raja itu yakin dapat mengekalkan kerusinya.

Bagaimanapun, Mohamad hanya mengulangi jawapan sama termasuk reaksi kepada beberapa soalan yang ditanya pemberita.

Sementara itu, ditanya lanjut mengenai perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, Mohamad berkata, ia meliputi pelbagai perkara.

"Berbagai perkara apa saja di bawah langit, 'under the sky'," lapor portal tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!