Wadah merafak sembah kepada Sultan Abdullah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membacakan kandungan surat perisytiharan jawatan Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Balairung Seri, Istana Negara hari ini. Foto: Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) merafak sembah tahniah kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada hari ini.

Presidennya, Ahmad Azam Ab Rahman berharap pelantikan baginda bakal menjunjung tinggi kelangsungan Kesultanan Melayu sebagai teras utama politik negara.

“Wadah dan seluruh rakyat menjunjung rasa syukur atas pelantikan ini dan mengharapkan pelantikan DYMM Tuanku bakal menjunjung tinggi kelangsungan Kesultanan Melayu sebagai teras utama politik negara.

“Ia menerusi konsep raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak turun temurun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Ahmad Azam, beliau juga berharap baginda akan terus berperanan dengan lebih berkesan sebagai Ketua Agama di negara ini.

“Adalah menjadi harapan seluruh rakyat agar sultan akan terus memimpin negara menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang berbilang kaum dan agama.

“Semoga ALLAH melanjutkan usia Tuanku dan Raja Permaisuri Agong dalam keadaan sihat walafiat serta diberikan hidayah dan taufik yang berterusan.

“Seterusnya memberikan ganjaran atas khidmat baginda dengan ganjaran yang berlipat ganda,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sultan Abdullah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Baginda berdua dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Januari lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!