Wakil Kedutaan Perancis dipanggil ke Wisma Putra

Tangkap layar Facebook Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam.
Tangkap layar Facebook Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Perancis di Kuala Lumpur telah dipanggil ke Wisma Putra semalam bagi menyatakan kegusaran Malaysia terhadap peningkatan ketegangan, ucapan berunsur kebencian dan fitnah terhadap Islam.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, semasa pertemuan tersebut, Malaysia mengulangi pendirian mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan retorik dan provokatif yang mencemarkan nama baik Islam.

Ia sebagaimana yang telah disaksikan oleh dunia baru-baru ini dalam bentuk penerbitan karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW

"Malaysia komited untuk menegakkan kebebasan bersuara sebagai hak asasi manusia selagi hak-hak ini dilaksanakan dengan hormat dan bertanggungjawab agar tidak mencabul atau melanggar hak orang lain.

"Malaysia juga menegaskan pentingnya inisiatif untuk mengurangkan dan menghilangkan Islamofobia di semua peringkat.

"Malaysia akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk mempromosikan saling menghormati antara agama dan mencegah ekstremisme agama," kata kementerian berkenaan dalam kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia kecam tindakan fitnah agama Islam

Minggu lepas, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilapor mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Islam adalah punca kepada semua krisis yang berlaku di dunia ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan Macron dibuat sebagai respons kepada kejadian 16 Oktober lalu apabila seorang guru dipenggal kepalanya di luar sekolah selepas memaparkan kartun merujuk sebagai Nabi Muhammad SAW ketika mengendalikan subjek berkaitan kebebasan mengeluarkan pendapat.

Suspek utama remaja berusia 18 tahun bagaimanapun maut akibat ditembak polis selepas cuba melawan ketika ditahan.

Susulan itu, Macron dilaporkan media berikrar Perancis tidak akan menyerah kalah dalam isu kartun berkenaan.

Dalam laporan yang sama, Macron turut menyatakan pembunuhan guru tersebut yang dilakukan seorang remaja berketurunan Chechen itu terjadi 'kerana Islam mahukan masa depan mereka'.

ARTIKEL BERKAITAN: Islamofobia kembali di Perancis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!