Peniaga ditahan memandu ketika mabuk

Peniaga yang ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Peniaga yang ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.
A
A
A

NILAI - Seorang peniaga ditahan melalui Ops Mabuk di Jalan Besar Pekan Nilai malam tadi kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Noor Marzukee Besar berkata, pemandu berusia 44 tahun itu ditahan pada jam 11.45 malam selepas ujian pernafasan mendapati kandungan alkohol yang tinggi dalam badannya.

Beliau berkata ketika ditahan suspek yang memandu kereta jenis Lexus RX200 seorang diri berada dalam keadaan mencurigakan.

"Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk menjalani ujian pernafasan selanjutnya menggunakan alat EBA-II," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, suspek kemudian ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut.

Sementara itu katanya, sepanjang operasi selama empat jam yang berakhir pada jam 12.30 malam itu, sebanyak 40 buah kenderaan diperiksa dan 22 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

"Daripada jumlah itu, seramai 65 individu diperiksa. Secara keseluruhan kawasan operasi yang terlibat meliputi laluan-laluan di sekitar Jalan Persiaran Pusat Bandar, Bandar Baru Nilai dan Pekan Nilai," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!