Bukit Aman siasat pegawai kanan polis ditaja melancong ke luar negara

Zamri Yahya
Zamri Yahya
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berhubung pegawai kanan polis yang didakwa ditaja sindiket jenayah termasuk Macau Scam untuk melancong ke luar negara.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, siasatan akan dijalankan bagi mendapatkan bukti sekiranya individu tersebut ada membuat lawatan ke luar negara seperti didakwa.

"Siasatan juga menjurus kepada siapa yang menaja lawatan individu berkenaan ke luar negara," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini

Zamri berkata, sekiranya individu berkenaan pergi dengan perbelanjaan sendiri, maka perlu berikan bukti-bukti berkaitan.

"Jika ditaja oleh sindiket, maka ia adalah satu kesalahan dan akan dikenakan tindakan tatatertib," katanya.

Zamri berkata demikian bagi mengulas gambar tular pegawai kanan polis melancong ke luar negara yang dikatakan ditaja sindiket Macau Scam baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!