Bekalan keperluan penduduk Taman Semarak ditambah

Terdahulu, sebahagian penduduk di Taman Semarak yang sedang menjalani PKPD hari ini meluahkan perasaan berikutan kekurangan bekalan makanan di kawasan mereka sejak dikuatkuasakan pada Isnin lalu.
Terdahulu, sebahagian penduduk di Taman Semarak yang sedang menjalani PKPD hari ini meluahkan perasaan berikutan kekurangan bekalan makanan di kawasan mereka sejak dikuatkuasakan pada Isnin lalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Bekalan bantuan untuk penduduk Taman Semarak, Tawau yang didakwa menghadapi masalah kekurangan bekalan keperluan sejak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan segera ditambah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata, pihaknya telah mengarahkan agensi terlibat untuk menangani masalah penduduk berkenaan.

“Saya difahamkan mungkin timbul sedikit kekeliruan komunikasi berhubung prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut berkaitan kekurangan bekalan makanan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini sebagai mengulas isu tersebut yang tular.

Sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan kira-kira 20 penduduk berkumpul di belakang pagar kawad berduri kawasan itu, sambil memegang plakad meminta bantuan segera diberikan kepada mereka. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ramai penduduk sudah kehabisan makanan'

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!