Tunku Ismail terima menghadap Menteri Kesihatan
JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima menghadap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.
Pertemuan dengan Ahli Parlimen Tenggara itu dimuat naik menerusi Facebook HRH Crown Prince Johor.
Pada pertemuan itu, Adham turut menyampaikan sebuah buku bertajuk 'Covid-19 Pandemic' kepada Tunku Ismail.
Turut hadir pada pertemuan berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Exco Belia, Sukan dan Pelancongan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!