RHB lantik CEO baharu bagi operasi Singapura, Kemboja
RHB Banking Group (RHB) hari ini mengumumkan pelantikan ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu bagi operasi Singapura dan Kemboja, berkuat kuasa 1 Februari 2019.
RHB berkata, Danny Quah Boon Leng dilantik sebagai ketua negara bagi operasi Singapura dan CEO RHB Bank Singapura manakala Thoo Kim Seng sebagai CEO RHB Indochina Bank, Kemboja.
“Boon Leng, akan menggantikan Mike Chan Cheong Yuen, yang akan meneruskan khidmat di luar syarikat.
“Beliau akan menerajui pembentukan dan pelaksanaan strategi perniagaan RHB Singapura merangkumi perbankan komersial, perbankan pelaburan dan pengurusan aset,” menurut RHB.
Menurut kumpulan perbankan itu, Kim Seng akan menggantikan Lim Loong Seng, yang akan kembali ke Malaysia dengan menjawat jawatan kanan dalam perbankan runcit kumpulan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!