Sekatan jalan raya di PKPB Zon Nilai
Anggota Polis Diraja Malaysia memeriksa surat kebenaran rentas negeri ketika menjalankan kawalan keselamatan rutin di sekatan jalan raya (SJR) bagi memantau kenderaan yang melakukan pergerakan rentas tanpa kebenaran memasuki Zon Nilai yang telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan di laluan keluar menuju ke Plaza Tol Nilai, hari ini.
Lima sekatan jalan raya dilaksanakan iaitu di dua kawasan Persiaran Pusar Bandar, Jalan Pajam-Nilai-Salak, Jalan Pajam-Nilai-Salak (Desa Cempaka) dan Jalan BBN 5/2B.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!