Imigresen selamatkan pengawal keselamatan jadi buruh paksa

Enam warga Nepal yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi pekerja diselamatkan penguat kuasa Imigresen di Petaling Jaya Selasa lalu.
Enam warga Nepal yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi pekerja diselamatkan penguat kuasa Imigresen di Petaling Jaya Selasa lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia menyelamatkan enam pengawal keselamatan warga Nepal yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi sebagai buruh paksa di Petaling Jaya pada Selasa lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua individu itu diselamatkan dalam satu serbuan di sebuah kediaman yang dijadikan asrama penginapan pekerja.

"Bertindak atas maklumat dan risikan, kita menemui enam lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun berada dalam premis yang daif, sempit dan tidak selesa.

"Mereka mendakwa tidak diberi gaji kira-kira enam bulan dan kini tidak bekerja. Mereka juga mendakwa majikan enggan bertemu dan diabaikan tanpa sebarang bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan di pejabat majikan terbabit dan beberapa dokumen dirampas dan wakil syarikat dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.

"Majikan dan pemilik syarikat tersebut dipanggil untuk bantu siasatan kes di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!