Anggota tentera maut, isteri parah nahas kereta, lori

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta. - Foto Bomba Perak
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta. - Foto Bomba Perak
A
A
A

GERIK - Seorang anggota tentera maut manakala isterinya parah dalam nahas membabitkan dua kenderaan di KM16 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Kupang di sini pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 5 pagi itu, Muhammad Azizi Ahmad, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Isterinya, Nur Kamaliah Md Nor, 24, patah bahu dan telah dirujuk ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, nahas itu membabitkan kereta jenis Proton Saga yang dipandu mangsa dan lori yang membawa muatan seunit generator berkuasa.

“Hasil siasatan mendapati pasangan terbabit dalam perjalanan dari arah Kulim menuju ke Gerik, manakala lori tersebut dari arah Terengganu ke Kulim.

“Apabila sampai di tempat kejadian, berlaku kemalangan secara berdepan yang menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Bagaimanapun, punca kemalangan masih dalam siasatan,” katanya.

Kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM16 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Kupang pagi tadi. - Foto Bomba Perak
Kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM16 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Kupang pagi tadi. - Foto Bomba Perak

Menurutnya, pemandu lori dan kelindan yang merupakan adik-beradik berusia 35 dan 37 tahun tidak cedera.

Artikel Berkaitan:

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!