Alvin direman 21 hari di bawah POCA
KUALA LUMPUR - Suspek utama kes pengubahan wang haram Goh Leong Yeong atau Alvin Goh direman 21 hari mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, perintah reman itu bermula hari ini sehingga 20 November bagi membantu siasatan berhubung sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.
"Perintah reman dibacakan terhadap suspek di Lokap Berpusat Jinjang di sini pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Alvin ditahan di bawah POCA
Selasa lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan Alvin ditahan di sebuah pusat peranginan di luar Lembah Klang bersama seorang individu dipercayai teman wanitanya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kuala Lumpur.
Pada 11 Oktober lalu, media melaporkan suspek dikatakan melarikan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.
Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.
ARTIKEL BERKAITAN: Alvin Macau Scam akhirnya kena cekup
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!